PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN BULAN DAKWAH SMK JENJAROM MERIAH
Jenjarom, 7 Mac 2025 – Panitia Pendidikan Islam SMK Jenjarom telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan dan Bulan Dakwah dengan tema "Ramadan Misi Memburu Pahala". Majlis yang diadakan di Surau At-Taqwa ini telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan disempurnakan oleh Tuan Haji Mahadi bin Muhammad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jenjarom.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan Yasin, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mahadi bin Muhammad. Seterusnya, para pelajar turut disajikan dengan Kuiz Ramadan sebagai aktiviti interaktif sebelum majlis bersurai pada jam 8.30 pagi.
Bagi memastikan kelancaran program ini, satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang diketuai oleh Nor Azman bin Mohd Hassan, selaku Pengetua SMK Jenjarom. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang bulan Ramadan, antaranya:
- Tadarus Al-Quran (3 - 20 Mac 2025)
- Tabung Kasih Ramadan (3 - 21 Mac 2025)
- Al Quran Dihatiku, Tazkirah Ramadan & Kuiz Ramadan (3 - 28 Mac 2025)
- Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jama’ie, Terawih Perdana & Ceramah Nuzul Quran (21 Mac 2025)
- Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadan (28 Mac 2025)
Program ini diharap dapat mengimarahkan bulan Ramadan serta menyemai nilai keagamaan dan kebersamaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
0 ulasan:
Catat Ulasan