Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mac 2026

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan 1447 Tahun 2026

 

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan 1447 Tahun 2026

13 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadan 1447 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 13 Mac 2026 bertempat di Dataran Jagoan, SMK Jenjarom. Program yang bermula dari jam 7.30 hingga 9.00 pagi ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam betujuan untuk meraikan kejayaan murid dalam pembacaan Al-Quran serta menutup tirai aktiviti keagamaan sepanjang bulan suci Ramadhan.

                


Ahad, 18 Januari 2026

Program Sehari Bersama Polis di SMK Jenjarom

 

Program Sehari Bersama Polis di SMK Jenjarom

 14 Januari 2026 

Pada 14 Januari 2026, SMK Jenjarom telah melaksanakan program "Sehari Bersama Polis" yang dianjurkan secara eksklusif oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang di Dataran Jagoan ini bertujuan untuk memperkasa kesedaran undang-undang dan disiplin dalam kalangan murid. Aktiviti dimulakan dengan sesi ceramah interaktif oleh pegawai IPD Kuala Langat yang menyentuh isu-isu semasa seperti gejala sosial dan keselamatan komuniti, yang kemudiannya diikuti dengan pameran aset kepolisian serta kerjaya yang menarik minat ramai murid untuk berkunjung.

Kemeriahan program diteruskan lagi dengan sesi kuiz yang mencabar minda murid mengenai pengetahuan am kepolisian dan peraturan jalan raya. Aktiviti ini dilihat berjaya menarik penyertaan aktif murid yang berlumba-lumba untuk memberikan jawapan yang tepat. Sebagai kemuncak kepada program tersebut, majlis diakhiri dengan sesi pemberian sagu hati kepada para pemenang kuiz dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pihak IPD Kuala Langat atas sumbangan bakti dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.






















































 

Selasa, 11 Mac 2025

Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah SMK Jenjarom 2025

 Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah SMK Jenjarom 2025

Jenjarom, 10 Mac 2025 – SMK Jenjarom telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah bagi sesi 2025 bertempat di Dataran JAGOAN. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada pelajar yang dilantik sebagai pemimpin sekolah serta memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid.

Majlis ini telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn Hjh Rohana binti Abdul Samad, yang dalam ucapannya menekankan bahawa kepimpinan yang berwibawa adalah pemangkin kepada generasi cemerlang. Beliau turut menzahirkan harapan agar pemimpin sekolah dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan mereka.

Sebanyak 11 kumpulan kepimpinan telah menerima watikah pelantikan pada majlis ini, antaranya:

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Kantin
  • Skuad Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR)
  • Ketua & Penolong Ketua Kelas
  • Skuad SPBT
  • Skuad Quartermaster Sukan & Olahraga
  • Ahli Lembaga Koperasi
  • Skuad Perabot Sekolah
  • Skuad Denggi

Majlis ini turut menyaksikan bacaan ikrar pemimpin sekolah yang diketuai oleh Ketua Pengawas sebagai simbolik janji dan komitmen mereka untuk menjalankan tugas dengan dedikasi.

Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Jenjarom dengan kerjasama guru-guru penasihat serta pihak sekolah. Diharapkan pelantikan ini dapat menjadi pemangkin kepada kepimpinan cemerlang dalam kalangan pelajar serta membentuk generasi pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan bertanggungjawab.

BUKU PROGRAM MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH SMK JENJAROM SESI 2025

Sabtu, 15 Februari 2025

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan SMK Jenjarom Sesi 2025/2026

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan SMK Jenjarom Sesi 2025/2026

Jenjarom, 14 Februari 2025 – SMK Jenjarom telah mengadakan Hari Pendaftaran bagi murid Tingkatan 1 dan Peralihan untuk sesi persekolahan 2025/2026 bertempat di Dataran Jagoan sekolah tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari dengan kehadiran ibu bapa, penjaga, murid serta barisan pentadbir sekolah.

Acara dimulakan dengan ketibaan ibu bapa dan murid yang disambut oleh pasukan penyambut tetamu. Murid-murid diberikan taklimat berkaitan pendaftaran sebelum bergerak ke kelas masing-masing untuk menyelesaikan proses dokumentasi dan pengambilan buku teks.

Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh Pengetua SMK Jenjarom dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Beberapa taklimat penting telah diberikan kepada murid dan ibu bapa, termasuk taklimat kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, serta pengurusan sesi petang.

Selain daripada sesi taklimat, pihak sekolah turut menyediakan kemudahan seperti jualan buku dan peralatan persekolahan di koperasi bagi memudahkan ibu bapa melengkapkan keperluan anak-anak mereka.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan semua peserta diberikan panduan lanjut mengenai perjalanan sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran acara ini.















Selasa, 10 Disember 2024

Pemulangan dan Peminjaman Buku Teks SPBT 2024/2025

 Pemulangan dan Peminjaman Buku Teks SPBT 2024/2025

Jenjarom, 10 Disember 2024 – SMK Jenjarom telah mengeluarkan jadual rasmi untuk proses pemulangan dan peminjaman buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi kegunaan tahun akademik 2024/2025. Proses ini akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dari 2 hingga 10 Disember 2024 bagi pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4, sementara pelajar Tingkatan 5 akan mengembalikan buku selepas tamat peperiksaan SPM.

Proses Pemulangan Buku Teks

  1. Pemulangan bagi pelajar Tingkatan 3 akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2024. Setiap kelas mempunyai slot masa tertentu, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, dengan lokasi pemulangan di kelas masing-masing.
  2. Untuk pelajar Tingkatan 4, pemulangan dijadualkan pada 9 dan 10 Disember 2024, mengikut sesi pagi dan tengah hari.
  3. Buku teks Tingkatan 5 akan dipulangkan selepas peperiksaan SPM tamat, dengan jadual khusus yang akan diumumkan kelak.

Catatan Penting

  • Pemulangan akan dikendalikan oleh Guru Tingkatan atau Guru Angkat masing-masing.
  • Murid perlu memastikan semua buku yang dipulangkan berada dalam keadaan baik. Buku yang rosak atau hilang hendaklah diganti oleh pelajar.
  • Buku teks tidak perlu diikat kecuali bagi pelajar Tingkatan 3.
  • Buku yang dipulangkan akan disusun mengikut judul sebelum dihantar ke Bilik SPBT untuk disimpan.

Maklumat Peminjaman Buku Teks 2025
Bagi peminjaman buku teks untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5, ia akan dilaksanakan pada Februari 2025. Proses ini akan dijalankan mengikut panduan dan pengurusan yang sama.

Penutup
AJK SPBT bersama guru bertugas akan memastikan kelancaran proses ini demi manfaat semua pihak. Pihak sekolah mengingatkan para pelajar untuk mematuhi jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.




Jumaat, 15 Mac 2024

PELANCARAN IHYA' RAMADAHAN DAN BULAN DAKWAH 2024/1445


PELANCARAN IHYA' RAMADAHAN DAN BULAN DAKWAH 2024/1445

Agenda program:
  1. Bacaan Surah al- Kahfi
  2. Bacaan Surah Yassin
  3. Doa Selamat
  4. Pelancaran Ihya' Ramadhan dan Bulan Dakwah
  5. Tazkirah Ramadhan dan azam awal sesi persekolahan.














PROGRAM MINGGU PERTAMA AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2024

 PROGRAM MINGGU PERTAMA AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2024


Isnin aktiviti yang dilaksanakan senamrobik, ceo on the board dan sorak jagoan.







Selasa aktiviti yang dijalankan adalah Jagoan Got Talent dan Tradisi Kita





Rabu aktiviti yang dijalankan adalah R&R, Transisi Jagoan T4, Kerjaya Idaman T5 dan Sentuhan Jarimu.

πŸ–ŒπŸ– SENTUHAN JARIMU πŸ–ŒπŸ–

RABU  :  13.3.2024 
MASA : 10.20 - 12.50


Sasaran : Murid Tingkatan 3 & 4
Tempat : Kelas masing – masing 
Pengendali slot dan kawalan kelas  : Guru mata pelajaran 

Panduan pelaksanaan akiviti
10.20  & 10.50 pagi – guru subjek mengambil poster di atas meja cg Salmiah Samsudin di bilik KP.

- Murid mewarna poster yang diberikan.
- ⁠guru subjek waktu terakhir memilih 3 yang terbaik dan hantar semula ke meja cg salmiah..


















Khamis pula aktiviti yang dijalankan adalah big bad wolf, masterpiece dan di bawah bumbung.

πŸ“Œ PROGRAM MINGGU AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2024
KHAMIS  14.3.2024*

⚙ MASTERPIECE ⚙
Tempat : Kelas masing ²
Kawalan kelas : Guru Mata Pelajaran 

Objektif : Membina ikon untuk kelas & dipamerkan  di dalam kelas.  Masterpiece dihasilkan daripada barang terpakai atau konsep waste art . 

SATU KELAS SATU MASTERPIECE 

Contoh bahan terpakai :
- botol plastik / tin aluminium
- ⁠penutup botol
- ⁠kotak
- ⁠kertas 
- ⁠beg plastik
- ⁠pakaian / kain
- ⁠guni



























Jumaat pula aktivitu yang dijalankan adalah sinaran jiwa dan ikhlaskan hatimu.

πŸ–ŒπŸ– iKHLASKAN HATIMUπŸ–ŒπŸ–

JUMAAT :
 FASA 1 :  9.00 - 10 00 PG
FASA 2 :   SELEPAS REHAT 

Sasaran : Semua murid sesi pagi
Tempat : Kelas masing – masing 
Pengendali slot dan kawalan kelas  : Guru mata pelajaran 

Panduan pelaksanaan akiviti: 

Fasa 1 : 9 -10 pg: 

-Guru subjek mengedarkan helaian ' surat untukmu' kepada semua murid. 
-Murid dikehendaki melipat kertas menjadi 2 bahagian dan mulai menulis ucapan di dalam helaian tersebut. 
-Ucapan adalah untuk ibu bapa, kawan, guru atau sesiapa yang signifikan dengan diri murid.
-ucapan boleh berbentuk luahan hati, pujian,penghargaan atau apa sahaja.