Memaparkan catatan dengan label SESI PETANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SESI PETANG. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2026

Hari Pendaftaran Tingkatan 1, Peralihan & PPKI SMK Jenjarom Sesi 2026

 Hari Pendaftaran Tingkatan 1, Peralihan & PPKI  SMK Jenjarom Sesi 2026

 Jenjarom, 9 Januari 2026 

SMK Jenjarom telah mengadakan Hari Pendaftaran bagi murid Tingkatan 1,Peralihan dan PPKI untuk sesi persekolahan 2026 bertempat di Dataran Jagoan sekolah tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari dengan kehadiran ibu bapa, penjaga, murid serta barisan pentadbir sekolah.

Acara dimulakan dengan ketibaan ibu bapa dan murid yang disambut oleh pasukan penyambut tetamu. Murid-murid diberikan taklimat berkaitan pendaftaran sebelum bergerak ke kelas masing-masing untuk menyelesaikan proses dokumentasi dan pengambilan buku teks.

Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh Pengetua SMK Jenjarom dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Beberapa taklimat penting telah diberikan kepada murid dan ibu bapa, termasuk taklimat kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, serta pengurusan sesi petang.

Selain daripada sesi taklimat, pihak sekolah turut menyediakan kemudahan seperti jualan buku dan peralatan persekolahan di koperasi bagi memudahkan ibu bapa melengkapkan keperluan anak-anak mereka.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan semua peserta diberikan panduan lanjut mengenai perjalanan sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran acara ini.














Sabtu, 15 Februari 2025

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan SMK Jenjarom Sesi 2025/2026

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan SMK Jenjarom Sesi 2025/2026

Jenjarom, 14 Februari 2025 – SMK Jenjarom telah mengadakan Hari Pendaftaran bagi murid Tingkatan 1 dan Peralihan untuk sesi persekolahan 2025/2026 bertempat di Dataran Jagoan sekolah tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari dengan kehadiran ibu bapa, penjaga, murid serta barisan pentadbir sekolah.

Acara dimulakan dengan ketibaan ibu bapa dan murid yang disambut oleh pasukan penyambut tetamu. Murid-murid diberikan taklimat berkaitan pendaftaran sebelum bergerak ke kelas masing-masing untuk menyelesaikan proses dokumentasi dan pengambilan buku teks.

Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh Pengetua SMK Jenjarom dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Beberapa taklimat penting telah diberikan kepada murid dan ibu bapa, termasuk taklimat kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, serta pengurusan sesi petang.

Selain daripada sesi taklimat, pihak sekolah turut menyediakan kemudahan seperti jualan buku dan peralatan persekolahan di koperasi bagi memudahkan ibu bapa melengkapkan keperluan anak-anak mereka.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan semua peserta diberikan panduan lanjut mengenai perjalanan sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran acara ini.















Jumaat, 8 Mac 2024

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1, PERALIHAN DAN PPKI SESI 2024

 

Hari Pendaftaran Murid Baharu Tingkatan 1, Peralihan dan PPKI Sesi 2024/2025. 

Tarikh : 8 Mac 2024 
Hari     : Jumaat 
Masa   : 7.30 -11.30 pagi

Video ringkas sempena hari pendaftaran murid Tingkatan 1, Peralihan dan PPKI sesi 2024


Jam 8.00 pagi ketibaan para murid bersama ibubapa dan penjaga amat memberansangkan walaupun cuaca hujan.







Para ibubapa disambut mesra oleh barisan guru yang bertugas sebagai penyambut tetamu.





Ketibaan para tetamu VIP bagi memeriahkan majlis dengan sesi ramah mesra bersama dengan ibubapa. Acara diteruskan dengan bacaan doa dari En Syahridzuan bin Adali dan disusuli dengan ucapan pengetua dan YDP PIBG.









Jam 9.00 pagi taklimat ibubapa disampaikan oleh PK Pentadbiran bagi unit Kurikulum, PK Hem bagi unit Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum bagi unit Kokurikulum dan  PK Petang untuk taklimat pendaftaran.







Aktiviti seterusnya ialah sesi pendaftaran murid dan agihan buku teks di kelas masing-masing.


Kaunter Penyelaras Tingkatan 1 dan Peralihan menyediakan senarai nama murid mengikut sekolah rendah yang telah ditentukan kelasnya untuk semakan oleh ibubapa.







Guru kelas memberi taklimat tentang disiplin dan peraturan serta budaya sekolah kepada murid. Guru kelas juga mengedarkan borang maklumat murid dan borang berkaitan buku teks. 






Pengagihan buku teks oleh AJK Skim Pinjaman Buku Teks









Pembelian peralatan sekolah seperti buku dan alat tulis di Kedai Buku Sekolah




Pembelian seperti pakaian Koko dan pakaian sukan dijalankan di Koperasi Sekolah