Jumaat, 7 Mac 2025

PANDAI SCHOOL TOUR DI SMK JENJAROM

PANDAI SCHOOL TOUR DI SMK JENJAROM

Jenjarom, 6 Mac 2025 – SMK Jenjarom telah menjadi lokasi bagi program Pandai School Tour yang bertempat di Bilik Wawasan 2. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan melalui aplikasi Pandai dalam platform DELIMA.

Program ini dikendalikan oleh Neuro Coach, Encik Zack Zawani bersama pasukan Zhampion. Turut hadir ialah En. Dzarin sebagai Person In Charge (PIC) bagi Aplikasi Pandai serta Abang Rin selaku speaker sekolah bagi Pandai School Tour.

Objektif Program:

  1. Meningkatkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih menyeronokkan.

  2. Membantu guru dalam melaksanakan e-LADAP di dalam kelas.

  3. Meningkatkan keaktifan murid dalam penggunaan DELIMA.

  4. Menyokong pencapaian Dasar Pendigitalan Pendidikan JPN/KPM.

Sasaran Pelajar: Program ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di SMK Jenjarom.

Durasi Program: Program ini berlangsung dalam empat sesi, dengan setiap sesi berdurasi 1 jam 30 minit dan kapasiti maksimum 300 murid bagi satu sesi.

Pengisian Program: Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program termasuk:

  1. Pengenalan Aplikasi Pandai – Murid diperkenalkan kepada aplikasi Pandai dan kepentingannya dalam pembelajaran.

  2. Demonstrasi Fungsi dalam Pandai:

    • Kuiz interaktif (Test Quiz) bersama dua orang murid.

    • Paparan bahan pembelajaran seperti eksperimen dan nota ringkas.

    • Penggunaan Ask Pbot (AI) untuk membantu dalam pembelajaran.

  3. Penutup:

    • Edaran flyers kepada murid untuk diberikan kepada ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran tentang aplikasi Pandai dan penggunaannya di rumah.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan guru-guru SMK Jenjarom. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di sekolah-sekolah lain untuk menyokong usaha pendigitalan pendidikan negara serta membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik dengan lebih berkesan.











https://www.tiktok.com/@zackzawani/video/7479015362940456199?_r=1&_t=ZS-8uWAS8IPdfk


0 ulasan:

Catat Ulasan