Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah SMK Jenjarom 2025
Jenjarom, 10 Mac 2025 – SMK Jenjarom telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah bagi sesi 2025 bertempat di Dataran JAGOAN. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada pelajar yang dilantik sebagai pemimpin sekolah serta memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid.
Majlis ini telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn Hjh Rohana binti Abdul Samad, yang dalam ucapannya menekankan bahawa kepimpinan yang berwibawa adalah pemangkin kepada generasi cemerlang. Beliau turut menzahirkan harapan agar pemimpin sekolah dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan mereka.
Sebanyak 11 kumpulan kepimpinan telah menerima watikah pelantikan pada majlis ini, antaranya:
- Pengawas Sekolah
- Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Pengawas Kantin
- Skuad Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR)
- Ketua & Penolong Ketua Kelas
- Skuad SPBT
- Skuad Quartermaster Sukan & Olahraga
- Ahli Lembaga Koperasi
- Skuad Perabot Sekolah
- Skuad Denggi
Majlis ini turut menyaksikan bacaan ikrar pemimpin sekolah yang diketuai oleh Ketua Pengawas sebagai simbolik janji dan komitmen mereka untuk menjalankan tugas dengan dedikasi.
Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Jenjarom dengan kerjasama guru-guru penasihat serta pihak sekolah. Diharapkan pelantikan ini dapat menjadi pemangkin kepada kepimpinan cemerlang dalam kalangan pelajar serta membentuk generasi pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan bertanggungjawab.
BUKU PROGRAM MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH SMK JENJAROM SESI 2025
0 ulasan:
Catat Ulasan