Isnin, 21 April 2025

SMK JENJAROM CEMERLANG DI KARNIVAL SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS) OLAHRAGA MSSS

SMK JENJAROM CEMERLANG DI KARNIVAL SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS) OLAHRAGA MSSS

USJ, 20 April 2025 – Semangat juang dan kegigihan atlet muda SMK Jenjarom terbukti apabila dua orang pelajar berjaya merangkul kejayaan membanggakan dalam Karnival Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) yang berlangsung di SMK USJ 23.

Muhammad Syahmi bin Sulistiono dari kelas 2 Lambda telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam acara 110 meter berpagar (B14) dengan meraih Naib Johan, membawa pulang pingat perak dalam saingan sengit melibatkan atlet-atlet hebat dari seluruh negeri Selangor.


Manakala Yashni A/P Chandra dari 1 Sigma pula berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara 800 meter (B14), sekaligus meraih pingat gangsa untuk SMK Jenjarom.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih para atlet, malah hasil sokongan padu daripada guru-guru pembimbing, ibu bapa, dan seluruh warga sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang! Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Disediakan oleh:
Wartawan Sekolah SMK Jenjarom

0 ulasan:

Catat Ulasan