Rabu, 30 April 2025

KEJAYAAN GEMILANG SMK JENJAROM DI KEJOHANAN PETANQUE MSSD 202

KEJAYAAN GEMILANG SMK JENJAROM DI KEJOHANAN PETANQUE MSSD 2025

28 - 30 April 2025 | Arena Petanque MSSD

SMK Jenjarom sekali lagi membuktikan keunggulan dalam arena sukan apabila pasukan petanque sekolah meraih pencapaian membanggakan di Kejohanan Petanque MSSD 2025 yang berlangsung dari 28 hingga 30 April 2025.

Dalam kategori berkumpulan Perempuan 15 (P15) - Triple, pasukan SMK Jenjarom berjaya melangkah ke pusingan akhir dan menamatkan saingan dengan meraih Pingat Perak (Division 1). Kejayaan ini adalah hasil latihan konsisten dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan atlet muda sekolah.

Lebih membanggakan lagi, kategori Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) turut mencatat pencapaian cemerlang:

  • Pingat Emas bagi Kategori Double Lelaki (Division 2)
  • Pingat Perak bagi Kategori Double Perempuan (Division 2)
  • Pingat Gangsa bagi Kategori Double Perempuan (Division 2)

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelajar PPKI SMK Jenjarom memiliki potensi besar dalam bidang sukan apabila diberi ruang dan peluang yang sewajarnya.


Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para atlet, jurulatih, guru pengiring serta semua yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.

"Dari gelanggang petanque, kita cipta kejayaan gemilang!"
Tahniah SMK Jenjarom!

1 ulasan: