Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 Tahun
2026
14 Mac 2026 - Mesyuarat Agung PIBG SMK
Jenjarom Kali Ke-43 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 14 Mac
2026, bertempat di Dataran Jagoan bermula jam 7.45 pagi. Majlis dimulakan
dengan pendaftaran Ibu Bapa dan Guru. Seterusnya, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Selangor, bacaan doa diikuti
dengan ucapan daripada Pengetua, Yang Dipertua (YDP) PIBG, dan seterusnya
ucapan perasmian oleh Datuk Zurihan Bin Yusop, Pegawai Penyelaras Dun N51
Sijangkang. Majlis diserikan dengan gimik perasmian yang menarik. Selain agenda
mesyuarat utama, suasana majlis menjadi semakin meriah dengan acara cabutan
bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik khusus bagi menghargai
kehadiran para ibu bapa dan guru.







0 ulasan:
Catat Ulasan