SMK Jenjarom Raih Tempat Ke-4 dalam Perlawanan Robot Tempur Peringkat Negeri
Jenjarom, Selangor – Kelab Persatuan STEM SMK Jenjarom telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat ke-4 dalam Perlawanan Robot Tempur sempena Program Start Up STEM Peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.
Pertandingan tersebut menyaksikan penyertaan pelbagai sekolah dari seluruh Selangor dalam usaha memupuk minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pasukan SMK Jenjarom menampilkan keunikan dan ketekunan tersendiri apabila robot yang dipertandingkan telah dibina sepenuhnya oleh murid-murid mereka – bermula dari peringkat rekaan lukisan 3D hinggalah kepada pembinaan robot yang lengkap dan berfungsi sepenuhnya.
Dua orang pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah:
- Farhan Rafiqin Bin Mohd Burhanudin (Tingkatan 2S)
- Muhammad Farid Aiman Bin Idris (Tingkatan 2S)
Kejayaan ini merupakan bukti komitmen dan kreativiti pelajar dalam bidang teknologi, serta sokongan berterusan pihak sekolah dalam memperkasa pendidikan berasaskan STEM. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga SMK Jenjarom untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.