Isnin, 18 November 2024

YOUNG STEMIST EXPO (YSE) 2024 MEMERIAHKAN SMK JENJAROM

SMK Jenjarom, 18-29 November 2024 – SMK Jenjarom sekali lagi melakar sejarah dengan penganjuran Young STEMist Expo (YSE) 2024 yang bakal berlangsung selama dua minggu bermula 18 November hingga 29 November 2024. Expo ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada dunia STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

Penganjuran YSE 2024 kali ini menampilkan bengkel dan pertandingan menarik yang dijalankan secara percuma untuk semua peserta. Aktiviti-aktiviti utama adalah seperti berikut:

  1. Animasi (Terbuka) – Diselia oleh Pn. Nur Ain Binti Ya’akub
  2. Drone Challenge (Sesi Pagi) – Diselia oleh Pn. Nurhanis Zawani Binti Azman
  3. Internet of Things (IoT) (Sesi Pagi dan Petang) – Diselia oleh Pn. Siti Nursyamira Binti Abd Karim
  4. Rekaan 3D untuk 3D Printer (Sesi Pagi dan Petang) – Diselia oleh En. Syaiful Anuwar Bin Jamal Hisam
  5. Robotik (LEGO) (Sesi Pagi dan Petang) – Diselia oleh Pn. Fatin Nabilah Binti Saiman

YSE 2024 turut mempamerkan pelbagai teknologi inovatif seperti robot humanoid, pencetak 3D, cabaran drone, dan peranti IoT. Acara ini dijangka menarik minat ramai pelajar dan ibu bapa untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Selain menimba ilmu pengetahuan baharu, peserta berpeluang memenangi sijil dan hadiah menarik yang ditawarkan.

Pihak sekolah menyeru para pelajar dan komuniti setempat untuk turut serta dalam penganjuran expo ini sebagai platform penting memupuk kemahiran teknologi abad ke-21. "JOM SERTAI!!!", seru pihak penganjur dengan penuh semangat.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, peserta boleh menghubungi penyelaras bagi setiap bengkel atau pertandingan.


Sekian, SMK Jenjarom bersedia menjadi peneraju inovasi di peringkat sekolah!




Berikut antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. 



Pertandingan Animasi Terbuka bagi murid tingkatan 4.
 Diselia oleh Penyelaras Pn Nur Ain Binti Yaakub.





Pengujian dan penilaian animasi dijalankan untuk mengenalpasti peserta yang berjaya.



Penyampaian hadiah kepada para pemenang.







Tahniah kepada para pemenang.

Bengkel dan Pertandingan Rekaan 3D untuk 
3D printer Program Young Stemist Expo.

Penyelaras: En. Syaiful Anuwar Bin Jamal Hisam










Drone Challenge 
Diselia oleh Pn. Nurhanis Zawani Binti Azman








0 ulasan:

Catat Ulasan