KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA 2024 SMK Jenjarom.

TAHNIAH KEPADA RUMAH HIJAU KERANA MENGEKALKAN KEJUARAAN. ONE TEAM ONE DREAM GLORY GREEN.

Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru SMK Jenjarom.

Orang hebat boleh melahirkan karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Selamat Hari Guru Tahun 2024

PROGRAM SEMARAK PERPADUAN KAUM ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SMK JENJAROM

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN BADAN PEMIMPIN SEKOLAH 2024

Majlis ini bertujuan untuk melantik Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Program Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas SPBT untuk tahun 2014. Majlis ini akan memberi pengiktirafan dan semangat kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan dedikasi dan bertanggungjawab.

Rabu, 18 September 2024

Selamat Menyambut Hari Malaysia Dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Yang dihormati barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, serta para pelajar yang saya kasihi sekalian,

Syukur alhamdulillah, pada pagi ini kita diberi kesempatan untuk menyambut dua acara penting dalam sejarah dan keagamaan negara kita, iaitu Sambutan Hari Malaysia dan Sambutan Maulidur Rasul pada tarikh yang sama, 16 September 2024. Kedua-dua sambutan ini membawa mesej perpaduan dan keteladanan yang amat bermakna buat kita semua.
Hari Malaysia mengingatkan kita tentang pentingnya semangat perpaduan dan kebersamaan sebagai satu negara yang harmoni. Ia bukan hanya satu peristiwa bersejarah, tetapi juga peluang bagi kita mengukuhkan rasa cinta akan negara dan menghargai usaha generasi terdahulu yang telah membawa kita ke tahap ini.
Dalam pada itu, Sambutan Maulidur Rasul adalah masa terbaik untuk kita merenung kembali perjalanan hidup dan teladan Nabi Muhammad SAW yang penuh hikmah. Baginda adalah contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan, terutama dalam membentuk akhlak yang mulia, kasih sayang, dan kepimpinan yang adil.

Saya berharap, dengan menghayati kedua-dua sambutan ini, kita dapat memperkukuhkan nilai-nilai perpaduan dan akhlak yang terpuji, bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua terus maju ke hadapan, baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri, demi mencapai kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sabtu, 7 September 2024

BENGKEL TANGKAS CEMERLANG SAINS KOMPUTER SPM DAERAH KUALA LANGAT 2024

BENGKEL TANGKAS CEMERLANG SAINS KOMPUTER SPM DAERAH KUALA LANGAT 2024

Pada 6 September 2024, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Panitia Sains Komputer SMK Sijangkang Jaya telah berjaya menganjurkan Bengkel Tangkas Cemerlang Sains Komputer SPM Daerah Kuala Langat 2024 di Bilik Azalea, SMK Sijangkang Jaya. Bengkel ini berlangsung dari jam 3:00 petang hingga 5:30 petang, dan dihadiri oleh semua pelajar mata pelajaran Sains Komputer yang bakal menduduki SPM 2024.

Penceramah utama bengkel ini, Cikgu Mohd Farid bin Diah dari SMK Pantai Sepang Putra, yang juga merupakan Jurulatih Utama, telah berkongsi teknik-teknik efektif menjawab soalan SPM Sains Komputer. Objektif utama bengkel adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai teknik menjawab soalan dengan betul dan berkesan serta memperkukuhkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM nanti.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Siti Fatimah, guru Sains Komputer SMK Sijangkang Jaya, atas jemputan dan inisiatif beliau dalam menjayakan bengkel ini. SMK Jenjarom turut diberi peluang untuk berkolaborasi dalam bengkel tersebut.

Peserta bengkel juga diminta membawa buku teks serta alat tulis, dan segala perbelanjaan tambahan ditanggung oleh pihak sekolah masing-masing. Kehadiran peserta dari SMK Jenjarom dilaporkan penuh semangat, iaitu sebanyak 34 orang murid dari kelas 5Beta dan 5Delta.

Semoga bengkel ini dapat membantu semua calon SPM mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka nanti.













Majlis Ceramah Maulidur Rasul di SMK Jenjarom

Majlis Ceramah Maulidur Rasul di SMK Jenjarom

SMK Jenjarom, 6 September 2024 – Majlis sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman" berlangsung dengan penuh keinsafan dan semangat perpaduan di Surau At-Taqwa, SMK Jenjarom. Penceramah jemputan, Ustaz Zaki Muhammad bin Mohd Rais, menyampaikan ceramah yang penuh makna, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menegaskan kecintaan kepada Baginda sebagai syarat kesempurnaan iman.

Dalam ceramahnya, Ustaz Zaki mengupas hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA, di mana Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya" (HR Bukhari No: 15). Ucapan ini mengajak para pelajar untuk merenung dan meningkatkan cinta mereka kepada Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam kehidupan seharian.

Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Jenjarom ini dihadiri oleh murid-murid tingkatan 3 dan 4, yang diberi masa untuk menyertai program sehingga jam 8.20 pagi. Pelajar bukan Islam pula memulakan sesi pengajaran di kelas pada jam 8.00 pagi, seperti yang telah diatur oleh pihak sekolah. Semua guru yang bertugas pada waktu berkenaan turut memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPC) mengikut jadual.

Majlis ceramah ini bukan sahaja menjadi ruang untuk memperingati perjuangan Rasulullah SAW, tetapi juga sebagai wadah untuk meningkatkan rasa cinta kepada Baginda dalam kalangan pelajar SMK Jenjarom.




Selasa, 3 September 2024

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!