SMK Jenjarom Rai Kejayaan Atlet Merentas Desa
Jenjarom, April 2025 – Sekali lagi, atlet-atlet SMK Jenjarom membuktikan kehebatan mereka dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD 2025 yang berlangsung dengan meriah baru-baru ini. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan pelajar dari seluruh daerah Kuala Langat dalam pelbagai kategori termasuk kategori aliran perdana dan pendidikan khas.
Dalam Kategori L1, pelajar Khoo Kah King berjaya menamatkan larian dengan cemerlang di tempat ke-18, menunjukkan semangat juang yang tinggi hingga ke garisan penamat.
Bagi Kategori P2, dua pelari wanita SMK Jenjarom berjaya mencipta kejayaan membanggakan. Prithisha A/P Murugan meraih tempat ke-5, manakala rakan sepasukannya, Yashni A/P Chandran, menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. Pencapaian membanggakan oleh Prithisha melayakkan beliau untuk mewakili daerah Kuala Langat ke peringkat MSSS Merentas Desa 2025.
Tidak ketinggalan dalam Kategori Pendidikan Khas, pelajar Susana binti Mustaffa turut mencipta kejayaan apabila berjaya meraih tempat ke-3 bagi kategori P1, sekaligus mengharumkan nama sekolah dalam kalangan pelajar berkeperluan khas.
Seluruh warga SMK Jenjarom mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
#SMKJenjaromHebat #MSSD2025 #MerentasDesa #BanggaSekolahKami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan