PENDAFTARAN KOKURIKULUM MURID TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SESI 2025
SMK Jenjarom, 5 Mac 2025 – Pendaftaran kokurikulum bagi murid Tingkatan 3, 4, dan 5 sesi 2025 telah berlangsung dengan lancar pada hari Rabu, 5 Mac 2025. Sesi pendaftaran ini dijalankan dari jam 7.40 hingga 8.30 pagi bertempat di kelas masing-masing atau lokasi yang bersesuaian.
Proses pendaftaran ini melibatkan guru kelas dan guru angkat yang bertanggungjawab memastikan murid mengisi borang secara dalam talian mengikut kategori yang telah ditetapkan. Setiap murid hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja, dan pautan pendaftaran tidak boleh dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp atau Telegram kelas.
Untuk mengelakkan kesesakan, pendaftaran dilakukan mengikut pautan khusus bagi setiap tingkatan:
Tingkatan 3:
Murid lelaki: [Pautan pendaftaran]
Murid perempuan: [Pautan pendaftaran]
Tingkatan 4:
Semua murid kecuali kelas 4G dan 4K: [Pautan pendaftaran]
Murid kelas 4G dan 4K: [Pautan pendaftaran]
Tingkatan 5:
Murid kelas 5A, 5E, 5K, 5L, 5O, dan 5 PVMA: [Pautan pendaftaran]
Murid kelas 5B, 5D, 5G, 5S, dan 5Z: [Pautan pendaftaran]
Setiap kelab dan persatuan mempunyai kuota ahli yang telah ditetapkan. Oleh itu, keahlian adalah berdasarkan konsep "siapa cepat, dia dapat." Jika kuota telah penuh, murid hanya boleh membuat rayuan kepada guru penasihat kelab yang berkenaan, dan keputusan akhir akan dimaklumkan kepada Setiausaha Kokurikulum selepas sesi pendaftaran fasa 1 selesai.
Sebarang masalah sepanjang sesi pendaftaran boleh diajukan kepada Setiausaha Kokurikulum sesi pagi dan petang untuk tindakan lanjut. Diharapkan proses pendaftaran ini berjalan dengan lancar dan semua murid dapat menyertai aktiviti kokurikulum pilihan mereka dengan penuh semangat.
0 ulasan:
Catat Ulasan